KA
softhard stpm student
perkongsian untuk pelajar tingkatan 6 di malaysia untuk semua penggal 1,2& 3
Thursday, 9 January 2014
CONTOH PBS PENGAJIAN AM SEM2 2014
ADALAH DI INGATKAN BAHAWA PBS ADALAH SANGAT PENTING UNTUK PELAJAR STPM, OLEH ITU, KAMI AKAN MEMBANTU ANDA SEDAYA UPAYA DALAM USAHA MENYIAPKAN PBS ANDA.
KA
KA
Sunday, 11 August 2013
contoh pbs ekonomi sem 3 [ekonomi sem3]
SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK DOWNLOAD CONTOH PBS EKONOMI SEM 3
klik di sini untuk download contoh pbs ekonomi sem 3 yang SUDAH SIAP < KLIK LINK SEBELAH INIGOODLUCK!!!!
Friday, 9 August 2013
FONOLOGI BAHASA MELAYU { BM SEM 1}
PengenalanSistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.
• Fonologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.
• Morfologi - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek
berkaitan kata.
• Sintaksis - Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis dan golongan
serta kajian tentang ayat.
• Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna.
2.1 Definisi Fonetik dan Fonemik
Fonologi :
- Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta
lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.
- Kajian tentang bunyi bahasa oleh manusia yang mempunyai lambang.
Penggolongan bunyi bahasa Melayu – ada 2 golongan iaitu
a. Fonetik – Pertuturan oleh manusia melalui 3 cara:
1. Fonetik artikulasi – mengkaji bunyi yang dikeluarkan oleh alat artikulasi
2. Fonetik pendengaran – mengkaji pendengaran dapersepsi bunyi. Bunyi yang dihasilkan
melalui letupan, letusan, sengauan dll.
3. fonetik akustik – mengkaji sifat fizikal bahasa supaya dapat digolongkan mengikut
kategori.
b. Fonemik – menganalisa sistem bunyi secara sinkronik untuk mengenal pasti fonem-fonem dalam bahasa dan mengeluarkan lambang-lambangnya
Konsep bunyi, fonem, huruf dan suku kata.
2.1 Konsep BunyiBunyi - yang dikeluarkan oleh alat ujaran.Mesti ada makna. Berterusan. Boleh dipenggalkan mengikut suku kata.
2.2 Konsep FonemFonem - (huruf) unit bahasa yang terkecil dan berfungsi dalam sesuatu bahasa. Dalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir perkataan dan mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon.
- Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.
2.3 Konsep AlofonDalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir perkataan dan mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon.
2.4 Konsep HurufHuruf - Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan.
- Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal.
- Lambang fonem disebut huruf.Lambang dalam bahasa membentuk perkataan dalam
- Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal.
- Lambang fonem disebut huruf.Lambang dalam bahasa membentuk perkataan dalam
tulisan. Terdapat 3 jenis lambang:
i. Lambang ideogram. Satu lambang satu idea. Contoh bahasa cina.
ii. Lambang suku kata. Satu suku kata ada makna. Contoh bahasa rencong dan jawa.
iii. Lambang fonologis atau fonemik.
- Lambang yang dicantum menjadi tulisan yang mempunyai makna. Contohnya lambang romawi dan cyrilik.
- Sistem romawi digunakan dalam tulisan rumi bahasa melayu.Dalam ejaan rumi ada 26 huruf atau lambang. 21 fonem konsonan dan 5 fonem vokal.
- Bahasa pinjaman terdiri dari 5 huruf gabungan iaitu gh, kh, ny, sy dan ng
2.5 Konsep Suku KataKonsep suku kata - pecahan sesuatu perkataan terdiri satu vokal atau gabungan vokal dengan konsonan. Terdapat 11 pola suku kata. 4 pola suku kata asli, 7 pola suku kata pinjaman.
- Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau mengikuti konsonan.
- Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.
Alat-alat Pertuturan Manusia- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu:
a. Artikulator
b. Titik Artikulasi
Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.
Alat Ujaran
a. alat pernafasan
b. alat sebutan
a. Alat pernafasan.
Alat pernafasan memainkan perana dalam mengeluarkan bunyi bahasa. Ia berkait rapat dengan sistem udara yang keluar masuk ke dalam paru-paru. Antaranya ialah.
i. Paru-paru ~ menyedut udara masuk dan keluar. Menghasilkan bunyi melului pelbagai sekatan ke atas arus udara.
ii. Rongga rengkung ~ terdapat peti suara. Terdapat halkum yang akan bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tinggi dan rendah bunyi yang dihasilkan. Peti suara penting kerana di dalamnya terdapat pita suara atau glotis.Jika pita suara digetarkan, bunyi bersuara akan dihasilkan. Jika pita suara tidak bergetar, bunyi tidak bersuara akan dihasilkan.
iii. Rongga tekak ~ rongga ini boleh diluaskan dan disempitkan mengikut kesesuaian bunyi. Lelangit lembut boleh di angkat menutup rongga hidung dan membuka rongga ini supaya udara dapat melaluinya. iv. Rongga hidung ~ rongga ini ialah ruang yang terletak di atas rongga mulut. Jika lelangit lembut diturunkan, arus udara akan masuk ke rongga hidung dan menghasilkan bunyi sengau. v. Rongga mulut ~ rongga ini terletak di antara rongga tekak dengan bibir
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA MUSLIM DAN MUSLIMIN DI MALAYSIA
Kami ingin mengucapakan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini dan juga kepada semua muslim muslimin di Malaysia, jom layan lagu anugerah syawal dari kumpulan bunkface :D
p/s: makan kek raya ingat2 juga kat admin :D
Dapatkanlah versi pop rock & akustik dengan mudah sekali.
Anda boleh muat turun lagu ini sebagai nada dering pemanggil atau truetones di
http://www.ramadanraya.com.my/laguray...
ANUGERAH SYAWAL versi POP ROCK
CRT Maxis
Taip *131*328394# & tekan hantar
**RM3 bulan pertama & RM2 bulan berikutnya
CT DiGi
sms CT 1100431 ke 2000
**RM3 bulan pertama & RM2 bulan berikutnya
CMT Celcom
sms CMT 197865 ke 22990
**RM1.50/seminggu
Truetones (Lagu Penuh)
sms TT AS1 ke 33399
**RM4 setiap muat turun
ANUGERAH SYAWAL versi AKUSTIK
CRT Maxis
Taip *131*328395# & tekan hantar
**RM3 bulan pertama & RM2 bulan berikutnya
CT DiGi
sms CT 1100432 ke 2000
**RM3 bulan pertama & RM2 bulan berikutnya
CMT Celcom
sms CMT 198506 ke 22990
**RM1.50/seminggu
Truetones (Lagu Penuh)
sms TT AS2 ke 33399
**RM4 setiap muat turun
Anda boleh muat turun lagu ini sebagai nada dering pemanggil atau truetones di
http://www.ramadanraya.com.my/laguray...
ANUGERAH SYAWAL versi POP ROCK
CRT Maxis
Taip *131*328394# & tekan hantar
**RM3 bulan pertama & RM2 bulan berikutnya
CT DiGi
sms CT 1100431 ke 2000
**RM3 bulan pertama & RM2 bulan berikutnya
CMT Celcom
sms CMT 197865 ke 22990
**RM1.50/seminggu
Truetones (Lagu Penuh)
sms TT AS1 ke 33399
**RM4 setiap muat turun
ANUGERAH SYAWAL versi AKUSTIK
CRT Maxis
Taip *131*328395# & tekan hantar
**RM3 bulan pertama & RM2 bulan berikutnya
CT DiGi
sms CT 1100432 ke 2000
**RM3 bulan pertama & RM2 bulan berikutnya
CMT Celcom
sms CMT 198506 ke 22990
**RM1.50/seminggu
Truetones (Lagu Penuh)
sms TT AS2 ke 33399
**RM4 setiap muat turun
Saturday, 3 August 2013
contoh pbs PENGAJIAN AM penggal 2 stpm
hello, salam satu malaysia.susah hati x tahu mcm mana nak siapkan pbs pengajian am sem 2? and boleh download contoh pbs ini dengan percuma...
download link: http://adf.ly/TMJ2H @ link mediafire
download link: http://adf.ly/TMJ2H @ link mediafire
nota stpm format baru
dapatkan nota stpm format terbaru sekarang klik sini untuk nota stpm format terbaru <klik di link ini
SEBAB-SEBAB CAMPUR TANGAN INGGERIS SECARA RASMI DI TANAH MELAYU sem 3
Menjelang tahun 1870-an, dasar Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu mulai berubah. Kemajuan ekonomi dan perubahan politik di Britain telah mendorong perubahan sikap Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. Pada bulan September 1873, Lord Kimberley iaitu Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan telah mengambil keputusan untuk mengubah dasar campur tangan Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu.
Dasar campur tangan Inggeris telah bermula di Perak pada tahun 1874 dengan termenterinya Perjanjian Pangkor, diikuti oleh Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Dengan ini bermulalah perluasan pengaruh lnggeris di Tanah Melayu sekaligus telah menganggu gugat kepentingan tradisi masyarakat tempatan dan segi politik, ekonomi, dan sosial.
Faktor Ekonomi
Menurut Profesor Khoo Kay Kim, walaupun terdapat pelbagai alasan yang digunakan oleh pihak Inggeris untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu namum tujuan ingin menguasai sumber ekonomi telah menjadi faktor utama Inggeris memulakan dasar campur tangan secara rasminya.
Perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain pada pertengahan abad ke-19 telah mendorong Inggenis untuk mencari tanah jajahan baru yang dapat membekalkan bahan mentah yang diperlukan oleh kilang-kilangnya dan mencari pasaran terhadap “barangan siap” yang dihasilkan oleh kilang-kilang di Britain.
Permintaan terhadap bijih timah semakin meningkat berikutan kemajuan dan perkembangan industri mengetin makanan di Eropah. BijIh timah diperlukan dengan banyak sekali sebagai bahan “anti karat” iaitu menyalur tin supaya tidak berkarat. Longgokan bijih timah di Cornwall England yang semakin berkurangan dan tidak bermutu telah meresahkan pihak Inggeris. Oleh sebab itulah Inggeris telah memulakan campur tangannya untuk menguasai negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang kaya dengan bijih timah yang berkualiti tinggi. Permintaan dan harga bijih timah yang tinggi di Eropah telah menambah minat Inggeris untuk campur tangan Inggeris di negeri-negeri tersebut.
Campur tangan Inggeris juga berlaku atas desakan oleh golongan saudagar-saudagar Cina dan Negeri-Negeri Selat yang meminta kerajaan campur tangan bagi memulihkan keamanan di Negeri-negeri Melayu akibat berlakunya anarki atau huru hara. Akibat huru hara ini mereka gagal untuk rnengeksploitasi keuntungan kegiatan perdagangan dan pelaburan Inggeris di negeri-negeri Melayu.
Sebagai contoh, banyak pedagang dan syarikat milik British telah terlibat membuat pelaburan modal yang besar bagi memajukan kawasan perlombongan terutamanya di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Melaka. Mereka juga turut mendapatkan konsesi perlombongan dengan bayaran yang cukup tinggi. Buktinya pada tahun 1861, Syarikat Paterson, Simons and Company telah membayar sebanyak $33 500 bagi mendapatkan konsesi perlombongan di Kuantan, Pahang. Pada tahun 1872, Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong membayar sebanyak $30 000 kepada Datuk Kelana untuk mendapatkan konsesi perlombongan di Negeri Sembilan.Pada September 1873, Lord Kimberley iaitu Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan telah mengarahkan Sir Andrew Clarke (Gabenor baru bagi Negeri-negeri Selat yang baru) untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai keadaan yang berlaku serta mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan Inggeris untuk melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-negeri Melayu.
Kebimbangan Campur Tangan Kuasa Asing
Pertengahan abad ke-19, terdapat perlumbaan kuasa-kuasa barat untuk mencari tanah jajahan baru di Timur. Ekoran dan perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah membawa kepada wujudnya persaingan di antara kuasa-kuasa Eropah seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, Amerika Syarikat, Itali dan Rusia bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran baru terhadap hasil pengeluaran industri mereka.
Menjelang tahun 1870-an, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat kecuali Siam dan Tanah Melayu. Ini telah menyebabkan negara Jerman, Rusia, Itali dan Amerika menunggu peluang yang sesuai untuk bertapak di Tanah Melayu kerana kekayaan hasil yang dimiliki. Kemungkinan kuasa-kuasa barat menjadikan masalah anarki di Negeri-negeri Melayu sebagai alasan untuk campur tangan.
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 oleh Ferdinand de Lessep menghubungkan Laut Mediterranean dan Laut Merah telah memendekkan jarak dan menjimatkan masa perjalanan di antara Eropah dan Asia. Ini telah menggalakkan lagi kedatangan kuasa-kuasa barat ke Timur untuk mendapatkan tanah jajahan.
Kebimbangan Inggeris semakin memuncak dengan kemunculan kuasa Jerman sebagai satu kuasa Eropah yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Otto Von Bismarck pada tahun 1871. Kekuatan Jerman telah terbukti selepas berjaya menewaskan Perancis pada tahun 1872. Tambahan pula, minat dan peluang Jerman untuk meluaskan kuasa di Tanah Melayu telah mula kelihatan seperti Jerman telah mengadakan rundingan dengan Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Langkawi untuk dijadikan pangkalan tentera laut. Sementara Tengku Kudin di Selangor pula cuba mendapatkan bantuan Jerman untuk menamatkan Perang Kelang seandainya Inggeris enggan membantu. Pedagang-pedagang Jerman di Singapura turut berminat untuk menanam modal di Negeri-negeri Melayu. Kepentingan ekonomi Inggeris di Negeri-negeri Melayu akan terancam sekiranya Jerman bertapak di Tanah Melayu.
Kebimbangan ini memaksa Seymour Clarke menghantar sepucuk surat kepada Lord Kimberley (Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di London) pada 18 Julai 1873 memberitahu keadaan di Tanah Melayu dan mendesak campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu dengan segera. Sememangnya kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing telah menjadi sebab yang mempercepatkan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Pendapat ini disokong oleh C.D. Cowan, Profesor John F. Cady, Emily Sadka, Harry Miller, J.M. Gullick dan K.G. Tregonning. Mereka sependapat menyatakan sebab terpenting campur tangan Inggeris di Tanah Melayu adalah berkaitan kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing.
Masalah Anarki di Negeri-Negeri Melayu
Menjelang tahun 1860-an dan 1870-an, negeri-negeri seperti Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan berada dalam keadaan tidak stabil kerana berlakunya masalah anarki atau huru hara seperti perebutan takhta kerajaan, pergaduhan Kongsi Gelap Cina, masalah perlanunan dan perang saudara yang tidak terkawal.
Di Perak telah berlaku kekacauan akibat perebutan takhta di antara Raja Abdullah dan Sultan Ismail selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Keadaan bertambah rumit apabila berlakunya pergaduhan Kongsi Gelap Cina Ghee Hin dan Hai San yang telah membawa kepada berlakunya Perang Larut I, II dan III (1861-1874).
Di Selangor pula berlakunya pertelingkahan di antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi (1867-1873) kerana merebut Daerah Kelang yang kaya dengan bijih timah. Sementara itu, di Sungai Ujong telah tercetus pergaduhan antara Datuk Kelana dan Datuk Bandar berkaitan hak memunggut cukai di Sungai Linggi, Sungai Ujong.
Keadaan anarki yang berlaku ini telah menjejaskan aktiviti perdagangan di Negeri-negeri Selat, mengancam keselamatan nyawa dan harta benda serta membantutkan pengeluaran bijih timah. Syarikat-syarikat Inggeris di Negeri-negeri Melayu menanggung kerugian kerana mereka telah banyak melabur modal sedangkan perniagaan tidak dapat dijalankan. Justeru itu, saudagar-saudagar Inggeris di Negeri-negeri Melayu telah menghantar surat rayuan ke London, mendesak Kerajaan Inggeris supaya meluaskan kekuasaannya di Negeri-negeri Melayu agar kepentingan mereka terus terpelihara.
Perubahan Kepimpinan di England
Sebelum tahun 1871, Parti Liberal menguasai pemerintahan di England dan bersikap “anti imperialisme”. Dasar ini penting bagi memelihara hubungan baik dengan pemerintah tempatan serta mengelakkan terjadinya peperangan yang akan menelan belanja yang besar.
Selepas tahun 1871, kepimpinan baru di England telah mencetuskan “idea imperialisme” bagi mengembangkan Empayar Inggeris terutamanya di Negeri-negeri Melayu. Mereka. terdiri daripada Lord Kimberley (Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan) Edward Knatchbull Hugessen (Setiausaha Rendah Parlimen) dan Sir Robert Herbert (Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan).
Parti Konservatif telah menguasai parlimen Britain pada tahun 1873 menggantikan Parti Liberal. Disraeli sebagai Perdana Menteri baru Britain sememangnya menyokong kuat dasar imperialisme serta memberikan galakan positif ke arah campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu demi memelihara kepentingàn mereka.
Pada bulan September 1873, Sir Andrew Clarke, iaitu Gabenor baru Negeri-negeri Selat yang dilantik untuk menggantikan Sir Harry Ord telah diarahkan oleh Lord Kimberley untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu bagi menamatkan kekacauan dan memulihkan keamanan.
Peranan Sir Andrew Clarke
Sebagai Gabenor baru Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke telah ditugaskan untuk menyiasat masalah sebenar yang berlaku di Negeri-negeri Melayu pada November 1873.Beliau juga dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap tentang situasi Negeri-negeri Melayu dan mencadangkan langkah-langkah yang seharusnya diambil oleh Kerajaan Inggeris bagi memulihkan keamanan serta memelihara kepentingan Inggeris di Negeri-negeri tersebut.
Walau bagaimanapun, Sir Andrew Clarke telah bertindak melebihi arahan yang diberikan oleh Lord Kimberley. Atas inisiatif atau daya usaha sendiri, Clarke telah campur tangan di Perak pada Januari 1874 untuk menyelesaikan pertelingkahan politik yang berlaku tanpa mempedulikan arahan Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London. Dengan itu, bermulalah campur tangan Inggeris secara rasmi di Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Selepas itu Inggeris terlibat campur tangan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Faktor Kemanusiaan
Frank Swettenham menggunakan alasan “tanggungjawab kemanusiaan” untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu bagi menamatkan kekacauan sebagai jaminan keselamatan nyawa dan harta benda. Kerajaan Inggeris harus bertanggungjawab terhadap masalah di Negeri-negeri Melayu selaras dengan dasar Pax Britannica iaitu mewujudkan keamanan dalam Empayar Inggeris mulai tahun 1860-an. Justeru itu, kerajaan perlu bertindak membantu negeri-negeri yang disalahtadbirkan.
Walau bagaimanapun, faktor ini menimbulkan banyak keraguan dari pelbagai pihak. Kemungkinan besar ianya hanya “helah” Inggeris untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu.
Faktor-faktor lain yang boleh dihuraikan ialah sebab penyebaran tamadun barat, penyebaran agama Kristian dan pembukaan terusan Suez.
Subscribe to:
Posts (Atom)