Friday, 9 August 2013

FONOLOGI BAHASA MELAYU { BM SEM 1}



PengenalanSistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.
• Fonologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.
• Morfologi - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek  
  berkaitan kata.
• Sintaksis - Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis dan golongan
   serta kajian tentang ayat.
• Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna.
 2.1 Definisi Fonetik dan Fonemik
Fonologi :
- Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta
  lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.
- Kajian tentang bunyi bahasa oleh manusia yang mempunyai lambang.
Penggolongan bunyi bahasa Melayu – ada 2 golongan iaitu
a. Fonetik – Pertuturan oleh manusia melalui 3 cara:
1. Fonetik artikulasi – mengkaji bunyi yang dikeluarkan oleh alat artikulasi
2. Fonetik pendengaran – mengkaji pendengaran dapersepsi bunyi. Bunyi yang dihasilkan
    melalui letupan, letusan, sengauan dll.
3. fonetik akustik – mengkaji sifat fizikal bahasa supaya dapat digolongkan mengikut
    kategori.
b. Fonemik – menganalisa sistem bunyi secara sinkronik untuk mengenal pasti fonem-fonem dalam bahasa dan mengeluarkan lambang-lambangnya
Konsep bunyi, fonem, huruf dan suku kata.
2.1 Konsep BunyiBunyi - yang dikeluarkan oleh alat ujaran.Mesti ada makna. Berterusan. Boleh dipenggalkan mengikut suku kata.


2.2 Konsep FonemFonem - (huruf) unit bahasa yang terkecil dan berfungsi dalam sesuatu bahasa. Dalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir perkataan dan mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon.
- Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.
2.3 Konsep AlofonDalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir perkataan dan mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon.
2.4 Konsep HurufHuruf - Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan.
- Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal.
- Lambang fonem disebut huruf.Lambang dalam bahasa membentuk perkataan dalam
- Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal.
- Lambang fonem disebut huruf.Lambang dalam bahasa membentuk perkataan dalam
  tulisan. Terdapat 3 jenis lambang:
i. Lambang ideogram. Satu lambang satu idea. Contoh bahasa cina.
ii. Lambang suku kata. Satu suku kata ada makna. Contoh bahasa rencong dan jawa.
iii. Lambang fonologis atau fonemik.
- Lambang yang dicantum menjadi tulisan yang mempunyai makna. Contohnya lambang romawi  dan cyrilik.
- Sistem romawi digunakan dalam tulisan rumi bahasa melayu.Dalam ejaan rumi ada 26 huruf atau lambang. 21 fonem konsonan dan 5 fonem vokal.
- Bahasa pinjaman terdiri dari 5 huruf gabungan iaitu gh, kh, ny, sy dan ng
2.5 Konsep Suku KataKonsep suku kata - pecahan sesuatu perkataan terdiri satu vokal atau gabungan vokal dengan konsonan. Terdapat 11 pola suku kata. 4 pola suku kata asli, 7 pola suku kata pinjaman.
- Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau mengikuti konsonan.
- Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.
Alat-alat Pertuturan Manusia- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu:
a. Artikulator
b. Titik Artikulasi
Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.
Alat Ujaran 
a. alat pernafasan
b. alat sebutan
a. Alat pernafasan.
Alat pernafasan memainkan perana dalam mengeluarkan bunyi bahasa. Ia berkait rapat dengan sistem udara yang keluar masuk ke dalam paru-paru. Antaranya ialah.
i. Paru-paru ~ menyedut udara masuk dan keluar. Menghasilkan bunyi melului pelbagai sekatan ke atas arus udara.
ii. Rongga rengkung ~ terdapat peti suara. Terdapat halkum yang akan bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tinggi dan rendah bunyi yang dihasilkan. Peti suara penting kerana di dalamnya terdapat pita suara atau glotis.Jika pita suara digetarkan, bunyi bersuara akan dihasilkan. Jika pita suara tidak bergetar, bunyi tidak bersuara akan dihasilkan.
iii. Rongga tekak ~ rongga ini boleh diluaskan dan disempitkan mengikut kesesuaian bunyi. Lelangit lembut boleh di angkat menutup rongga hidung dan membuka rongga ini supaya udara dapat melaluinya. 
iv. Rongga hidung ~ rongga ini ialah ruang yang terletak di atas rongga mulut. Jika lelangit lembut diturunkan, arus udara akan masuk ke rongga hidung dan menghasilkan bunyi sengau. v. Rongga mulut ~ rongga ini terletak di antara rongga tekak dengan bibir 

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA MUSLIM DAN MUSLIMIN DI MALAYSIA


Kami ingin mengucapakan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini dan juga kepada semua muslim muslimin di Malaysia, jom layan lagu anugerah syawal dari kumpulan bunkface  :D  

p/s: makan kek raya ingat2 juga kat admin  :D


Dapatkanlah versi pop rock & akustik dengan mudah sekali.

Anda boleh muat turun lagu ini sebagai nada dering pemanggil atau truetones di
http://www.ramadanraya.com.my/laguray...

ANUGERAH SYAWAL versi POP ROCK
CRT Maxis
Taip *131*328394# & tekan hantar
**RM3 bulan pertama & RM2 bulan berikutnya

CT DiGi
sms CT 1100431 ke 2000
**RM3 bulan pertama & RM2 bulan berikutnya

CMT Celcom
sms CMT 197865 ke 22990
**RM1.50/seminggu

Truetones (Lagu Penuh)
sms TT AS1 ke 33399
**RM4 setiap muat turun

ANUGERAH SYAWAL versi AKUSTIK
CRT Maxis
Taip *131*328395# & tekan hantar
**RM3 bulan pertama & RM2 bulan berikutnya

CT DiGi
sms CT 1100432 ke 2000
**RM3 bulan pertama & RM2 bulan berikutnya

CMT Celcom
sms CMT 198506 ke 22990
**RM1.50/seminggu

Truetones (Lagu Penuh)
sms TT AS2 ke 33399
**RM4 setiap muat turun


Saturday, 3 August 2013

contoh pbs PENGAJIAN AM penggal 2 stpm

hello, salam satu malaysia.susah hati x tahu mcm mana nak siapkan pbs pengajian am sem 2? and boleh download contoh pbs ini dengan percuma...

download link:  http://adf.ly/TMJ2H  @ link mediafire

nota stpm format baru

dapatkan nota stpm format terbaru sekarang   klik sini untuk nota stpm format terbaru  <klik di link ini


SEBAB-SEBAB CAMPUR TANGAN INGGERIS SECARA RASMI DI TANAH MELAYU sem 3


Menjelang tahun 1870-an, dasar Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu mulai berubah. Kemajuan ekonomi dan perubahan politik di Britain telah mendorong perubahan sikap Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. Pada bulan September 1873, Lord Kimberley iaitu Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan telah mengambil keputusan untuk mengubah dasar campur tangan Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu. 
Dasar campur tangan Inggeris telah bermula di Perak pada tahun 1874 dengan termenterinya Perjanjian Pangkor, diikuti oleh Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Dengan ini bermulalah perluasan pengaruh lnggeris di Tanah Melayu sekaligus telah menganggu gugat kepentingan tradisi masyarakat tempatan dan segi politik, ekonomi, dan sosial.

Faktor Ekonomi

Menurut Profesor Khoo Kay Kim, walaupun terdapat pelbagai alasan yang digunakan oleh pihak Inggeris untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu namum tujuan ingin menguasai sumber ekonomi telah menjadi faktor utama Inggeris memulakan dasar campur tangan secara rasminya.
Perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain pada pertengahan abad ke-19 telah mendorong Inggenis untuk mencari tanah jajahan baru yang dapat membekalkan bahan mentah yang diperlukan oleh kilang-kilangnya dan mencari pasaran terhadap “barangan siap” yang dihasilkan oleh kilang-kilang di Britain.
Permintaan terhadap bijih timah semakin meningkat berikutan kemajuan dan perkembangan industri mengetin makanan di Eropah. BijIh timah diperlukan dengan banyak sekali sebagai bahan “anti karat” iaitu menyalur tin supaya tidak berkarat. Longgokan bijih timah di Cornwall England yang semakin berkurangan dan tidak bermutu telah meresahkan pihak Inggeris. Oleh sebab itulah Inggeris telah memulakan campur tangannya untuk menguasai negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang kaya dengan bijih timah yang berkualiti tinggi. Permintaan dan harga bijih timah yang tinggi di Eropah telah menambah minat Inggeris untuk campur tangan Inggeris di negeri-negeri tersebut.
Campur tangan Inggeris juga berlaku atas desakan oleh golongan saudagar-saudagar Cina dan Negeri-Negeri Selat yang meminta kerajaan campur tangan bagi memulihkan keamanan di Negeri-negeri Melayu akibat berlakunya anarki atau huru hara.  Akibat huru hara ini mereka gagal untuk rnengeksploitasi keuntungan kegiatan perdagangan dan pelaburan Inggeris di negeri-negeri Melayu.
Sebagai contoh, banyak pedagang dan syarikat milik British telah terlibat membuat pelaburan modal yang besar bagi memajukan kawasan perlombongan terutamanya di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Melaka. Mereka juga turut mendapatkan konsesi perlombongan dengan bayaran yang cukup tinggi. Buktinya pada tahun 1861, Syarikat Paterson, Simons and Company telah membayar sebanyak $33 500 bagi mendapatkan konsesi perlombongan di Kuantan, Pahang. Pada tahun 1872, Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong membayar sebanyak $30 000 kepada Datuk Kelana untuk mendapatkan konsesi perlombongan di Negeri Sembilan.Pada September 1873, Lord Kimberley iaitu Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan telah mengarahkan Sir Andrew Clarke (Gabenor baru bagi Negeri-negeri Selat yang baru) untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai keadaan yang berlaku serta mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan Inggeris untuk melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri­-negeri Melayu.

Kebimbangan Campur Tangan Kuasa Asing
Pertengahan abad ke-19, terdapat perlumbaan kuasa-kuasa barat untuk mencari tanah jajahan baru di Timur. Ekoran dan perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah membawa kepada wujudnya persaingan di antara kuasa-kuasa Eropah seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, Amerika Syarikat, Itali dan Rusia bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran baru terhadap hasil pengeluaran industri mereka.
Menjelang tahun 1870-an, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat kecuali Siam dan Tanah Melayu. Ini telah menyebabkan negara Jerman, Rusia, Itali dan Amerika menunggu peluang yang sesuai untuk bertapak di Tanah Melayu kerana kekayaan hasil yang dimiliki. Kemungkinan kuasa-kuasa barat menjadikan masalah anarki di Negeri-negeri Melayu sebagai alasan untuk campur tangan.
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 oleh Ferdinand de Lessep menghubungkan Laut Mediterranean dan Laut Merah telah memendekkan jarak dan menjimatkan masa perjalanan di antara Eropah dan Asia. Ini telah menggalakkan lagi kedatangan kuasa-kuasa barat ke Timur untuk mendapatkan tanah jajahan.
Kebimbangan Inggeris semakin memuncak dengan kemunculan kuasa Jerman sebagai satu kuasa Eropah yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Otto Von Bismarck pada tahun 1871. Kekuatan Jerman telah terbukti selepas berjaya menewaskan Perancis pada tahun 1872. Tambahan pula, minat dan peluang Jerman untuk meluaskan kuasa di Tanah Melayu telah mula kelihatan seperti Jerman telah mengadakan rundingan dengan Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Langkawi untuk dijadikan pangkalan tentera laut. Sementara Tengku Kudin di Selangor pula cuba mendapatkan bantuan Jerman untuk menamatkan Perang Kelang seandainya Inggeris enggan membantu. Pedagang-pedagang Jerman di Singapura turut berminat untuk menanam modal di Negeri-negeri Melayu. Kepentingan ekonomi Inggeris di Negeri-negeri Melayu akan terancam sekiranya Jerman bertapak di Tanah Melayu.
Kebimbangan ini memaksa Seymour Clarke menghantar sepucuk surat kepada Lord Kimberley (Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di London) pada 18 Julai 1873 memberitahu keadaan di Tanah Melayu dan mendesak campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu dengan segera. Sememangnya kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing telah menjadi sebab yang mempercepatkan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Pendapat ini disokong oleh C.D. Cowan, Profesor John F. Cady, Emily Sadka, Harry Miller, J.M. Gullick dan K.G. Tregonning. Mereka sependapat menyatakan sebab terpenting campur tangan Inggeris di Tanah Melayu adalah berkaitan kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing.

Masalah Anarki di Negeri-Negeri Melayu
Menjelang tahun 1860-an dan 1870-an, negeri-negeri seperti Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan berada dalam keadaan tidak stabil kerana berlakunya masalah anarki atau huru hara seperti perebutan takhta kerajaan, pergaduhan Kongsi Gelap Cina, masalah perlanunan dan perang saudara yang tidak terkawal.
Di Perak telah berlaku kekacauan akibat perebutan takhta di antara Raja Abdullah dan Sultan Ismail selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Keadaan bertambah rumit apabila berlakunya pergaduhan Kongsi Gelap Cina Ghee Hin dan Hai San yang telah membawa kepada berlakunya Perang Larut I, II dan III (1861-1874).
Di Selangor pula berlakunya pertelingkahan di antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi (1867-1873) kerana merebut Daerah Kelang yang kaya dengan bijih timah. Sementara itu, di Sungai Ujong telah tercetus pergaduhan antara Datuk Kelana dan Datuk Bandar berkaitan hak memunggut cukai di Sungai Linggi, Sungai Ujong.
Keadaan anarki yang berlaku ini telah  menjejaskan aktiviti perdagangan di Negeri-negeri Selat, mengancam keselamatan nyawa dan harta benda serta membantutkan pengeluaran bijih timah. Syarikat-­syarikat Inggeris di Negeri-negeri Melayu menanggung kerugian kerana mereka telah banyak melabur modal sedangkan perniagaan tidak dapat dijalankan. Justeru itu, saudagar-saudagar Inggeris di Negeri-negeri Melayu telah menghantar surat rayuan ke London, mendesak Kerajaan Inggeris supaya meluaskan kekuasaannya di Negeri-negeri Melayu agar kepentingan mereka terus terpelihara.

Perubahan Kepimpinan di England
Sebelum tahun 1871, Parti Liberal menguasai pemerintahan di England dan bersikap “anti imperialisme”. Dasar ini penting bagi memelihara hubungan baik dengan pemerintah tempatan serta mengelakkan terjadinya peperangan yang akan menelan belanja yang besar.
Selepas tahun 1871, kepimpinan baru di England telah mencetuskan “idea imperialisme” bagi mengembangkan Empayar Inggeris terutamanya di Negeri-negeri Melayu. Mereka. terdiri daripada Lord Kimberley (Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan) Edward Knatchbull Hugessen (Setiausaha Rendah Parlimen) dan Sir Robert Herbert (Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan).
Parti Konservatif telah menguasai parlimen Britain pada tahun 1873 menggantikan Parti Liberal. Disraeli sebagai Perdana Menteri baru Britain sememangnya menyokong kuat dasar imperialisme serta memberikan galakan positif ke arah campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu demi memelihara kepentingàn mereka.
Pada bulan September 1873, Sir Andrew Clarke, iaitu Gabenor baru Negeri-negeri Selat yang dilantik untuk menggantikan Sir Harry Ord telah diarahkan oleh Lord Kimberley untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu bagi menamatkan kekacauan dan memulihkan keamanan.

Peranan Sir Andrew Clarke
Sebagai Gabenor baru Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke telah ditugaskan untuk menyiasat masalah sebenar yang berlaku di Negeri-negeri Melayu pada November 1873.Beliau juga dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap tentang situasi Negeri-negeri Melayu dan mencadangkan langkah-langkah yang seharusnya diambil oleh Kerajaan Inggeris bagi memulihkan keamanan serta memelihara kepentingan Inggeris di Negeri-negeri tersebut.
Walau bagaimanapun, Sir Andrew Clarke telah bertindak melebihi arahan yang diberikan oleh Lord Kimberley. Atas inisiatif atau daya usaha sendiri, Clarke telah campur tangan di Perak pada Januari 1874 untuk menyelesaikan pertelingkahan politik yang berlaku tanpa mempedulikan arahan Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London. Dengan itu, bermulalah campur tangan Inggeris secara rasmi di Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Selepas itu Inggeris terlibat campur tangan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Faktor Kemanusiaan
Frank Swettenham menggunakan alasan “tanggungjawab kemanusiaan” untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu bagi menamatkan kekacauan sebagai jaminan keselamatan nyawa dan harta benda. Kerajaan Inggeris harus bertanggungjawab terhadap masalah di Negeri-negeri Melayu selaras dengan dasar Pax Britannica iaitu mewujudkan keamanan dalam Empayar Inggeris mulai tahun 1860-an. Justeru itu, kerajaan perlu bertindak membantu negeri-negeri yang disalahtadbirkan.
Walau bagaimanapun, faktor ini menimbulkan banyak keraguan dari pelbagai pihak. Kemungkinan besar ianya hanya “helah” Inggeris untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu.
Faktor-faktor lain yang boleh dihuraikan ialah sebab penyebaran tamadun barat, penyebaran agama Kristian dan pembukaan terusan Suez.

SISTEM BERAJA DI THAILAND sem 3


PENGENALAN
Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19, negara-negara Siam telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Sistem ini meletakkan raja  sebagai ketua pemerintahan tertinggi sesebuah negara, menguasai seluruh ekonomi negara dan menjadi golongan yang menduduki lapisan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakatnya.
Raja bertanggungjawab melantik pembesar-pembesar negara, menggubal dan melaksanakan undang-undang, mengetuai tentera dan memonopoli ekonomi negaranya seperti Dinasti Chakri di Siam.
Tujuan utama sistem ini diamalkan untuk menjamin keamanan, kesejahteraan, keselamatan keharmonian dan kemakmuran rakyat negara tersebut.

Sistem Beraja di Siam
Kedudukan dan Gelaran
Pemerintah Siam menggunakan gelaran raja dan dinasti yang mentadbir pada abad ke-19 ialah Dinasti Chakri dan menggunakan gelaran Rama. Raja-raja Thai menggunakan gelaran Chao Paendin (Yamtuan Tanah) dan Chao Chiwit (Yamtuan Nyawa).
Raja menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat, menikmati pelbagai keistimewaan, dianggap suci dan memerintah berdasarkan konsep “devaraja” atau “dharmaraja” dan perlu menghayati dan melakukan perlakuan yang baik supaya dicontohi oleh rakyat.
Raja juga dianggap sebagai jelmaan dewa dan dikurniakan sifat-sifat ketuhanan seperti memiliki payung putih, dikurniakan alat-alat kebesaran yang dipercayai mempunyai kesaktian seperti pedang. Baginda juga melantik golongan sami Buddha sebagai penasihat agama.
Simbol kebesaran Raja Siam dapat dilihat dari segi pemilikan binatang suci iaitu gajah putih yang dianggap sebagai harta raja. Rakyat tidak dibenarkan mengganggu dan menggunakan gajah, sesiapa yang engkar akan dihukum. Sebaliknya sesiapa yang dapat menangkap dan menyerahkan gajah akan menerima anugerah yang lumayan daripada raja.

Peranan dan Kuasa Raja
Politik dan Pentadbiran
Raja mengetuai pemerintahan kerajaan dan berkuasa mutlak, merupakan ketua kehakiman, perundangan dan ketenteraan serta menentukan dasar-dasar luar negara.
Raja tinggal di tempat suci yang dipilih khas. Istana dianggap sebagai pusat kerajaan, lambang pusat alam atau orde kosmos dan tempat Tuhan.
Raja berkuasa melantik pembesar-pembesar terutamanya pembesar di peringkat pusat. Mereka terdiri daripada golongan kerabat di raja yang dikenali sebagai Chao.
Raja mempunyai keistimewaan tertentu seperti menjatuhkan hukuman bunuh, mengampunkan pesalah dan lain-lain.

Ekonomi
Raja berkuasa ke atas semua tanah kerajaan dan menganugerahkan tanah kepada kerabat diraja untuk ditadbir.
Menguasai segala hasil negara seperti pungutan cukai, hasil pertanian, hasil bumi, perdagangan dan lain-lain. Pembesar-pembesar menjadi orang perantaraan antara raja dengan rakyat untuk menjalankan kegiatan ekonomi raja. Bagi menjamin bekalan ekonomi dan kawasan pedalaman berterusan, raja Siam mewujudkan hubungan baik dengan kawasan pengeluaran ekonomi.

Sosial
Raja dianggap sebagai pelindung, penaung dan bertanggungjawab ke atas perkembangan agama Buddha dan kesusasteraan negaranya.
Baginda juga mengekalkan adat resam tempatan seperti adat tidak boleh melihat raja, adat meniarap di depan raja dan lain-lain.
Raja juga melindungi rakyat daripada perbuatan penganiayaan, menjamin kebahagian rakyat dan perlu mempunyai moral yang tinggi. Sekaligus rakyat akan memberi kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja.

PERANAN RAJA ATAU SULTAN SEBELUM DAN SELEPAS CAMPURTANGAN BRITISH sem 3



Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.

Peranan Raja sebelum penjajahan British
Politik
1. Sultan sebagai ketua kerajaan
Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah Peranan sultan melantik pembesar Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.

2. Sultan menentukan hubungan diplomatik
Sebagai ketua negara, sultan bertanggungjawab mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negara asing. Sebarang tindakan hal ehwal luar tidak sah jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran sultan. Semua perjanjian atau persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa pengesahan sultan. Persetiaan dengan pihak luar perlu ditandatangani oleh 12 orang atau lebih pembesar serta ditandatangani oleh sultan

3. Sultan berperanan sebagai ketua tentera.
Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain.

Ekonomi 
4. Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi.
Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) dan Kelang daripada Raja Mahdi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di Muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dan segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

5. Sultan berkuasa melaksanakan sistem kerah.
Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera, membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dan sistem ini. Contoh di Kedah mereka yang dikecualikan dan sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik­-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

Sosial
6. Sultan merupakan lambang perpaduan
Raja/Sultan menjadi simbol penyatuan negara dan rakyat. Seseorang sultan sangat memerlukan sokongan dan kesetiaan rakyatnya bagi membolehkannya memerintah dengan berkesan. Kewibawaan seseorang sultan bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya. Bagi mewujudkan kesetiaan rakyat terhadap sultan maka seseorang sultan itu dilambangkan dengan kuasa sakti dan mempunyai darah putih. Hak ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

7. Sultan bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu

PERUBAHAN PERANAN RAJA / SULTAN SELEPAS PENJAJAHAN BRITISH 
1. Raja Kehilangan kuasa mentadbir
Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem Residen. Di bawah sistem Residen, Residen merupakan kuasa yang tertinggi dalam pemerintahan di negeri-negeri Melayu. British memperkenalkan pentadbiran berbentuk birokrasi, iaitu ditadbir oleh sekumpulan pegawai. Sultan telah kehilangan kuasa mentadbir yang dinikmati sebelum ini.
Walaupun sultan menjadi Residen Majlis Negeri tetapi semua keputusan Majlis Negeri dibuat oleh residen. Sultan kehilangan kuasa sebagai ketua pentadbir. Walaupun sultan masih menjadi ketua negara, namun kuasa mentadbir berada di tangan residen. Pengenalan Persekutuan pada tahun 1896 menyebabkan sultan kehilangan kuasa. Kuasa berpusat di tangan Residen Jeneral. Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam soal agama dan adat istiadat orang Melayu sahaja. Kekuasaan sultan semakin tergugat apabila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Walaupun kuasa sultan dipulihkan semula dengan pengenalan Persekutuan 1948 tetapi kuasa sebenar masih di tangan British.

2. Raja kehilangan kuasa mutlak.
British memperkenalkan sistem perundangan baru. Baginda tidak lagi berkuasa menjatuhkan hukuman apabila British memperkenalkan sistem perundangan yang lebih teratur dengan melantik hakim-hakim untuk melaksanakan sistem kehakiman.

3. Raja kehilangan kekuasaan terhadap ekonomi
Urusan percukaian, import-eksport tidak lagi berada di bawah kekuasaan sultan tetapi di tangan British. British secara beransur-ansur memperkembangkan ekonomi kapitalis dan secara beransur-ansur ekonomi tradisional terhakis.

4. Raja kehilangan hak ke atas tentera
Pada zaman penjajahan British sultan juga tidak dibenarkan mempunyai tentera sendiri. Pentadbir British telah membentuk pasukan polis dan askarnya sendiri. Hal ini bermakna bidang keselamatan terlepas daripada kekuasaan sultan. Sultan hanya memainkan peranan dalam upacara kerajaan negeri sahaja.

KESIMPULAN
Dan perbincangan di atas adalah jelas bahawa sebelum penjajahan, raja / sultan memainkan pernan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Namun kedatangan penjajah British telah merubah sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu. Peranan sultan yang lebih luas dan berwibawa sebelum kedatangan penjajah telah terhakis dengan kedatangan penjajah. Kedatangan penjajah dan penguasaannya ke atas Tanah Melayu menyebabkan pengenalan sistem pentadbiran dan perekonomian baru yang menjadikan sultan kehilangan kuasa dan hanya sekadar lambang kekuasaan, kuasa sebenar di tangan Residen.

Ekonomi Feudalisme di Jepun sem 1

Ekonomi Feudalisme di Jepun


PengenalanPeta Jepun
          Jepun terdiri daripada 4 buah pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan  Kyushu. Negara Jepun merupakan negara beriklim sederhana. Bentuk muka bumi Jepun pula bergunung-ganang.  Hanya 20% sesuai untuk pertanian. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian masih menjadi keutamaan di Jepun pada abad ke-16.      Bentuk muka bumi yg bergunung-ganang menjadikan orang Jepun menjadi pelaut yang hebat. Oleh yang demikian, selain menjalankan aktiviti pertanian, mereka juga menjalankan aktiviti sepertiperdagangan dan perikanan.      Perdagangan Jepun hanya tertumpu di negara2 Asia Tenggara dan Asia Timur. Hal ini berikutan dasar shogun yang  mengawal golongandaimyo dan juga masyarakat Jepun. Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa barat tetapi dalam bentuk yang terhad iaitu banyak peraturan dikenakan ke atas pedagang barat. Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jepun





1.     Pertanian     Pertanian menyumbang kepada 80% sumber pendapatan ekonomi feudal di Jepun. Tanaman utama petani Jepun ialah padi. Selain itu mereka turut menanam gandum, barli, teh dan kapas.
     Bagi memastikan tanaman mereka subur, petani Jepun menggunakan sistem pengairan semula jadi.Kelebihan sistem pengairan semula jadi ialah;                        i.            Air sungai mengandungi nutrien untuk padi.                       ii.            Mengurangkan penggunaan baja.                      iii.            Memelihara kesuburan tanah tanpa perlu direhatkan.
     Walau bagaimanapun, petani-petani di Jepun menghadapi dua masalah utama iaitu;                      i.            Iklim sederhana tidak membolehkan padi ditanam untuk tempoh yg panjang. Mereka hanya dapat menanam padi sekali setahun iaitu antara musim bunga dengan musim luruh.                     ii.            Mereka juga menghadapi masalah kekurangan tanah ekoran bentuk muka bumi yang begunung-ganang. Petani Jepun bagaimanapun mengatasi masalah ini dengan penggunaan sawah bertingkat.
 


2.     Perusahaan Tempatan      Perusahaan tempatan di Jepun bercorak pengeluaran berasaskan daerah dan juga pemasaran antara daerah. Setiap daerah mempunyai hasil keluaran masing2.     Sebagai contoh;                    i.            Kinai: pusat pengeluaran kain kapas.                   ii.            Fukushima & Yamanashi: pusat pengeluaran ulat sutera & alat tenunan.                   iii.            Satsuma: pusat pengeluaran gula.
       

   Perusahaan tempatan berkembang kepada aktiviti perdagangan yg lebih besar.Pasar-pasar kecil kemudiannya berkembangan menjadi bandar perdagangan.Pusat2 pertukaran wang, kedai2 beras dansake berkembang menjadi  bandar dan wilayah, contohnya Kunwana, Sakai, Ise dan   Hakata. Pusat pengeluaran dan pembuatan kertas, barangan logam, tenunan dan tembikar turut berkembang maju. Bandar Seto menjadi pusat pengeluaran tembikar.


3.     Perikanan     Sesuai dengan geografinya yang dikelilingi laut, kegiatan perikanan turut berkembang. Kedudukan Jepun yang terletak di persimpangan arus panas dan arus sejuk menjadikan perairan Jepun kaya dengan ikan.


4.     Perlombongan     Jepun kaya dengan galian seperti emas, perak dan tembaga.Semasa       pemerintahan Oda Nobunaga, pengeluaran galian ini bertambah rancak. Perkembangan perindustrian ini membawa kepada perkembangan bandar Osaka.


5.     Perdagangan     Perdagangan luar Jepun berkembang pesat pada abad ke-16. China menjadi rakan dagang terpenting Jepun. Jepun mengimport barangan tropika dari China. Barangan tropika ini diperolehi oleh China hasil perdagangan dengan negara Asia Tenggara dan India. Jepun turut mengimport sutera, porselin, buku, lukisan dan barangan tembaga. Selain itu, Jepun turut mengimport bahan mentah seperti sulfur, papan, emas, merkuri dan ibu mutiara dari China.

         


 Dalam masa yang sama Jepun mengeksport hasil keluaran mereka seperti   pedang, kipas berlipat, pemidang yg mendapat permintaan tinggi di China.

Pada abad ke-15, Jepun telah mendominasi perkapalan dan perdagangan di seluruh Lautan China Timur sehingga mengisytiharkan diri sebagai pedagang dan penjelajah bandar2 di Asia Tenggara.Jepun turut mengadakan hubungan perdagangan dengan Portugal. Sekitar tahun 1550-an, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun. Pedagang Portugal turut membawa masuk teknologi barat seperti teknologi perkapalan, teknik perang, agama Kristian dan persenjataan.  Pada tahun1570, Shogun Ashikaga memeterai perjanjian dengan Portugal bagi membolehkan pedagang Portugal berdagang di Nagasaki. Perdagangan berkembang pesat sehingga Nagasaki menjadi pintu keluar bagi perdagangan Jepun ke luar negara.


Perkembangan ekonomi feudal di Jepun telah mencetuskan dua kesan iaitu;i. Kewujudan organisasi atau persatuan / za.     Za mengawal dan memonopoli pengeluaran serta pemasaran barangan sehinggalah pemerintah Nobunaga memecahkan monopoli tersebut[selepas itu perdagangan berkembangan pesat tanpa sekatan].
ii. Perkembangan bandar2.     Sebagai contoh Kyoto iaitu ibu kota diraja kuno telah berkembang menjadi pusat ekonomi dan pengeluaran barangan kraftangan

Penyatuan Negara Bangsa Jerman sem1

       Pada tahun 1815, terdapat 39 negeri di Jerman. Prusia dan Austria merupakan  2 negeri yg paling berpengaruh dan saling bersaing  untuk menjadi kuasa utama di Jerman. Persaingan antara kedua-dua negeri ini menjadikan usaha untuk menyatukan Jerman menjadi sukar. Kebimbangan golongan bangsawan mengenai status mereka jika Jerman bersatu juga menjadi faktor penghalang usaha menyatukan negara Jerman. Sehingga sekitar tahun 1850-an belum ada tanda-tanda negara Jerman akan terbentuk.Golongan nasionalis Jerman belum bersepakat mengenai penubuhan negara bangsa Jerman.  



Usaha Ke Arah Penyatuan JermanTerdapat beberapa usaha ataupun langkah yang telah dilakukan dalam usaha menyatukan negara Jerman iaitu;


1. Kongres Vienna 1815Kongres ini menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada penaklukan Perancis. Ketetapan kongres ini secara tidak langsung menjadi titik permulaan kepada kerjasama antara negeri2 di Jerman.
2. Peranan PrusiaPrusia merupakan negeri terbesar di Jerman. Kuasa politik Prusia dipegang oleh junkers iaitu golongan tuan tanah. Prusia memiliki kelebihan sebagai negeri yang boleh menyatukan negeri2 lain di Jerman. Kekuatan yang dimiliki oleh Prusia ialah;
  1. sistem pemerintahan yg cekap
  1. Kedudukan ekonomi yg kukuh. Golongan junkers  telah menubuhkan kesatuan ekonomi iaitu Zollverein. Perdagangan antara negeri di Jerman mulai rancak. Justeru, Prusia dilihat mampu memainkan peranan untuk menyatukan Jerman.

3. Peranan Raja William IRaja Prusia iaitu Raja William I telah melantik PM baru iaitu Otto Eduard Von Bismarck. Tindakan Taja William I dianggap keputusan yang bijak kerana Bismarck merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan. Kewibawaan Bismarck banyak menyumbang ke arah penyatuan Jerman.Tugas utama Bismarck: menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja.
4. Peranan BismarckTugas utama Bismarck ialah menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja. Selain itu, beliau berusaha mengurang pengaruh Austria di negeri2  lain Jerman. Bagi melaksanakan dasar ini, beliau telah melibatkan Prusia dalam 3 siri peperangan iaitu;
  1. Perang Prusia – Denmark [Prusia menang]
     2. Perang Prusia – Austria [Prusia menang]. Kemenangan ini membolehkan Prusia menubuhkan Kesatuan Jerman Utara [Austria dikecualikan]    3. Perang Prusia – Perancis  [Prusia menang atas tipu helah / putar belit Bismarck]Kemenangan dalam peperangan tersebut membuka peluang kepada Kesatuan Jerman Utara menggabungkan negeri2 di Jerman termasuk negeri2 di Selatan membentuk negara Jerman. Pada tahun 1871, Raja William I dilantik menjadi Kaisar [Maharaja Jerman]. Bismarck pula dilantik sebagai Chancellor [Perdana Menteri]
KesimpulanPada peringkat awalnya, usaha penyatuan Jerman mengalami beberapa halangan seperti tiadanya sokongan golongan bangsawan dan golongan nasionalis masih belum bersatu tetapi kewibawaan beberapa tokoh seperti Bismarck dan Raja Prusia mampu menggerakan usaha penyatuan ini ke arah kejayaan.


Perdagangan dan Perniagaan di Belanda sem 1


PengenalanPada abad ke-16 hingga abad ke-18, Belanda muncul sebagai kuasa ekonomi [perdagangan] di Eropah. Belanda menjadi pusat perdagangan terpenting di Eropah dan menjadi perantara antara pedagang timur dengan Eropah.

Faktor Perkembangan Perdagangan di Belanda
 Migrasi tenaga mahir, golongan kapitalis, guru, ahli perniagaan dan pertukangan menjadi penggerak ekonomi Belanda. Serangan Sepanyol ke atas Antwerp membuka peluang kepada Amsterdam untuk berkembang. Amsterdam akhirnya muncul sebagai pelabuhan penting  dan pusat perdagangan dunia menjelang tahun 1630. Amsterdam muncul sebagai pembekal komoditi di Eropah. Antara barang dagangan utama Belanda ialah balak, bijirin, kain, garam, ikan herring, tembikar, kaca, tenunan sutera dll.
Belanda menubuhkan 2 syarikat perdagangan;i. Syarikat Hindia Timur Belanda [VOC] VOC berperanan mengendalikan bursa saham.  SHTB kemudiannya berjaya memonopoli perdagangan di Asia [perdagangan teh, kopi dan rempah ratus]
i. Syarikat Hindia Barat Belanda [WIC]Belanda mempelopori dan mendominasi perdagangan dengan negara2 Eropah . Turut menjalin hubungan perdagangan dengan Jepun dan China. Pada tahun 1680, Belanda berjaya menguasai sebahagian besar perdagangan dengan negeri2 di Utara Amerika.
KesimpulanPerkembangan ekonomi perdagangan dan perniagaan di Belanda menyaksikan Belanda muncul sebagai kuasa ekonomi Eropah bermula abad ke-16. Amsterdam muncul sebagai pelabuhan utama Belanda dan menjadi tumpuan pedagang dari Eropah dan juga timur.

Feudalisme di England penggal 1


PengenalanPerang Seratus Tahun antara England dengan Perancis dan perang saudara [Perang Bunga Mawar] di England memaksa masyarakat England menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif menamatkan huru-hara.Secara tidak langsung masyarakat England menerima sistem feudal iaitu adanya golongan pemerintah dan diperintah.




Sistem sosial masyarakat Feudal di Eropah


Raja    Raja berkuasa mutlakRaja menjadi pusat kekuasaan. Rakyat pula tidak berhak untuk membantah.Selain itu, rakyat tidak mempunyai hak dan suara kerana kuasa raja adalah anugerah suci Tuhan.Rakyat perlu taat setia kepada raja.
Raja berhak memajak tanah kepada gol yang dipercayai [vassal]. Raja juga boleh memberi tanah kepada golonganbangsawan [baron dan knight] sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yg diberikan [golongan ini terikat kepada raja]. Pemberian tanah kepada pembesar untuk diusahakan oleh golongan petani membolehkan raja mengutip cukai.
Golongan BangsawanGolongan bangsawan berkuasa  memerintah di tanahnya. Mereka berhak mengawal penggunaan tanah, mengadakan undang2 sendiri untuk mengawalpetani / serf dan mengenakan cukai. Tanah yg diberikan oleh raja akandiwarisi. Antara gelaran yg diberikan kepada golongan  bangsawan ialahDukebaron [Lord] dan Vassal. 

Golongan SerfKehidupan golongan  petani berubah ekoran perkembangan ekonomi di England pada abad ke-16. Banyak tanah dibuka dan pertanian komersial mula dijalankan. Perkembangan pertanian dagangan, kemunculan bandar baru dan kemajuan sektor perusahaan menyebabkan ramai golongan serf berpindah atau berhijrah. Terdapat juga golongan serf  yang dibebaskan. Keadaan ini menyebabkan ikatan antara tuan tanah dan serf makin longgar. 
Raja Henry VII, Raja Henry VIII, Raja James I dan Raja Charles I adalah antara tokoh terkenal di zaman feudalisme England.
KesimpulanKeadaan huru-hara mengakibatkan masyarakat England berusaha mencari penyelesaian. Langkah terbaik ialah melantik seorang raja untuk mengetuai sebuah sistem pemerintahan yang teratur. Kewujudan sistem pemerintahan telah melahirkan golongan pemerintah dan rakyat pula menjadi golongan diperintah. Ini menjadi titik tolak bermulanya sistem feudal di England.

Selamat datang ke blog softhard student!

hello semua, blog ini dibuat khas bagi membantu para pelajar stpm format baru bagi memudahkan anda semua mencari maklumat terutamanya untuk matapelajaran sejarah.