Saturday, 3 August 2013
Ekonomi Feudalisme di Jepun sem 1
1. Pertanian Pertanian menyumbang kepada 80% sumber pendapatan ekonomi feudal di Jepun. Tanaman utama petani Jepun ialah padi. Selain itu mereka turut menanam gandum, barli, teh dan kapas.
2. Perusahaan Tempatan Perusahaan tempatan di Jepun bercorak pengeluaran berasaskan daerah dan juga pemasaran antara daerah. Setiap daerah mempunyai hasil keluaran masing2. Sebagai contoh; i. Kinai: pusat pengeluaran kain kapas. ii. Fukushima & Yamanashi: pusat pengeluaran ulat sutera & alat tenunan. iii. Satsuma: pusat pengeluaran gula.
Perusahaan tempatan berkembang kepada aktiviti perdagangan yg lebih besar.Pasar-pasar kecil kemudiannya berkembangan menjadi bandar perdagangan.Pusat2 pertukaran wang, kedai2 beras dansake berkembang menjadi bandar dan wilayah, contohnya Kunwana, Sakai, Ise dan Hakata. Pusat pengeluaran dan pembuatan kertas, barangan logam, tenunan dan tembikar turut berkembang maju. Bandar Seto menjadi pusat pengeluaran tembikar.
3. Perikanan Sesuai dengan geografinya yang dikelilingi laut, kegiatan perikanan turut berkembang. Kedudukan Jepun yang terletak di persimpangan arus panas dan arus sejuk menjadikan perairan Jepun kaya dengan ikan.
4. Perlombongan Jepun kaya dengan galian seperti emas, perak dan tembaga.Semasa pemerintahan Oda Nobunaga, pengeluaran galian ini bertambah rancak. Perkembangan perindustrian ini membawa kepada perkembangan bandar Osaka.
5. Perdagangan Perdagangan luar Jepun berkembang pesat pada abad ke-16. China menjadi rakan dagang terpenting Jepun. Jepun mengimport barangan tropika dari China. Barangan tropika ini diperolehi oleh China hasil perdagangan dengan negara Asia Tenggara dan India. Jepun turut mengimport sutera, porselin, buku, lukisan dan barangan tembaga. Selain itu, Jepun turut mengimport bahan mentah seperti sulfur, papan, emas, merkuri dan ibu mutiara dari China.
Pada abad ke-15, Jepun telah mendominasi perkapalan dan perdagangan di seluruh Lautan China Timur sehingga mengisytiharkan diri sebagai pedagang dan penjelajah bandar2 di Asia Tenggara.Jepun turut mengadakan hubungan perdagangan dengan Portugal. Sekitar tahun 1550-an, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun. Pedagang Portugal turut membawa masuk teknologi barat seperti teknologi perkapalan, teknik perang, agama Kristian dan persenjataan. Pada tahun1570, Shogun Ashikaga memeterai perjanjian dengan Portugal bagi membolehkan pedagang Portugal berdagang di Nagasaki. Perdagangan berkembang pesat sehingga Nagasaki menjadi pintu keluar bagi perdagangan Jepun ke luar negara.
Perkembangan ekonomi feudal di Jepun telah mencetuskan dua kesan iaitu;i. Kewujudan organisasi atau persatuan / za. Za mengawal dan memonopoli pengeluaran serta pemasaran barangan sehinggalah pemerintah Nobunaga memecahkan monopoli tersebut[selepas itu perdagangan berkembangan pesat tanpa sekatan].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment